Monday 3 February 2014

BAB 1 : RESPIRASI

1.1 MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA.

Sistem respirasi manusia.

1.2 PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN MANUSIA.


  • Peparu kita mengandungi berjuta-juta aveolus.
  • Setiap aveolus mempunyai dinding setebal satu sel.
  • Bahagian dalam aveolus dilapisi satu lapisan lembap manakala bahagian luarnya diliputi jaringan kapilari darah.
  • Udara sedutan yang kaya dengan oksigen hadir dalam aveolus.
  • Oksigen larut dalam lapisan lembap pada aveolus dan meresap ke dalam kapilari darah.
  • Resapan oksigen berlaku dari kawasan gas yang berkepekatan tinggi ke dalam kawana yang berkepekatan rendah.
  • Darah dalam kapilari darah mengandungi sel darah merah yang kaya hemoglobin.
  • Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah unutk membentuk oksihemoglobin.
  • Darah beroksigen meninggalkan peparu dan dibawa oleh salur darah yang lebih besar ke jantung.
  • Apabila jantung mengepam darah, darah beroksigen mengalir ke seluruh badan.
  • Apabila darah sampai ke tisu atau sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin terurai dan oksigen dibebaskan.
  • oksigen meresap melalui dinding kapilari darah ke dalam sel-sel badan.
  • Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel meresap ke dalam kapilari darah.
  • Gas karbon dioksida diangkut oleh darah ke peparu untuk dibebaskan keluar.




1.3 KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

Bahan-bahan tertentu menjejaskan sistem respirasi manusia, misalnya asap rokok boleh merosakkan sistem respirasi. Bahab berbahaya yang lain termasuklah bahan buangan industri , bahan pencemar daripada kenderaan, bakteria, virus, dan mikroorganima yang lain.

KESAN BAHAN BAHAN BERBAHAYA

  1. Asap rokok mengandungi bahan kimia beracun termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida.
  2. Tar merupakan satu campuran bahan kimia toksik yang berkumpuldalam peparu.
  3. Kebanyakan bahan kimia ialah karsinogen, iaitu yang menyebabkan kanser.
  4. Nikotina dalam tembakau menyebabkan ketagihan kepada tabiat menghisap rokok.
  5. Karbon monoksida ialah gas yang sangat beracun. 
  6. Karbon monoksida mengurangkan kandungan oksigen dalam darah.
  7. sulfur dioksida adalah gas berasid dan boleh merosakkan tisu peparu.