Sistem respirasi manusia.
1.2 PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN MANUSIA.
- Peparu kita mengandungi berjuta-juta aveolus.
- Setiap aveolus mempunyai dinding setebal satu sel.
- Bahagian dalam aveolus dilapisi satu lapisan lembap manakala bahagian luarnya diliputi jaringan kapilari darah.
- Udara sedutan yang kaya dengan oksigen hadir dalam aveolus.
- Oksigen larut dalam lapisan lembap pada aveolus dan meresap ke dalam kapilari darah.
- Resapan oksigen berlaku dari kawasan gas yang berkepekatan tinggi ke dalam kawana yang berkepekatan rendah.
- Darah dalam kapilari darah mengandungi sel darah merah yang kaya hemoglobin.
- Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah unutk membentuk oksihemoglobin.
- Darah beroksigen meninggalkan peparu dan dibawa oleh salur darah yang lebih besar ke jantung.
- Apabila jantung mengepam darah, darah beroksigen mengalir ke seluruh badan.
- Apabila darah sampai ke tisu atau sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin terurai dan oksigen dibebaskan.
- oksigen meresap melalui dinding kapilari darah ke dalam sel-sel badan.
- Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel meresap ke dalam kapilari darah.
- Gas karbon dioksida diangkut oleh darah ke peparu untuk dibebaskan keluar.
1.3 KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT
Bahan-bahan tertentu menjejaskan sistem respirasi manusia, misalnya asap rokok boleh merosakkan sistem respirasi. Bahab berbahaya yang lain termasuklah bahan buangan industri , bahan pencemar daripada kenderaan, bakteria, virus, dan mikroorganima yang lain.
KESAN BAHAN BAHAN BERBAHAYA
- Asap rokok mengandungi bahan kimia beracun termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida.
- Tar merupakan satu campuran bahan kimia toksik yang berkumpuldalam peparu.
- Kebanyakan bahan kimia ialah karsinogen, iaitu yang menyebabkan kanser.
- Nikotina dalam tembakau menyebabkan ketagihan kepada tabiat menghisap rokok.
- Karbon monoksida ialah gas yang sangat beracun.
- Karbon monoksida mengurangkan kandungan oksigen dalam darah.
- sulfur dioksida adalah gas berasid dan boleh merosakkan tisu peparu.
Bahan kimia
|
Sumber
|
Kesan Berbahaya
|
Tar
|
Asap rokok
|
Menyebabkan kanser peparu.
|
Nikotina
|
Asap rokok
|
Menyebabkan ketagihan kepada
tabiat menghisap rokok.
|
Karbon monoksida
|
Asap rokok dan asap ekzos
|
Mengurangkan kandungan
oksigen dalam darah.
|
Sulfur Dioksida
|
Industry dan kenderaan
|
Memusnahkan tisu peparu
|
Hidrokarbon
|
Industry dan kenderaan
|
Menyebabkan kanser.
|
Jerebu
|
Industry, kenderaan dan
pembakaran terbuka.
|
Memyebabkan kesukaran
bernafas.
|
tq for the information
ReplyDelete